SK BOTA KIRI

SK Bota Kiri telah ditubuhkan seawal tahun 1881 dengan daya usaha Penghulu Mukim Bota iaitu Dato Imam Raja Mahkota yang juga merupakan Orang Besar Negeri Perak pada masa itu. Usaha ini diteruskan oleh Penghulu Mukim Bota berikutnya iaitu Penghulu Muda Kanda Samat atau dikenali sebagai Tok Semara Bongsu. Bangunan sekolah pada masa itu terletak berhampiran Sungai Perak. Murid-murid pada waktu itu adalah seramai 40 orang yang berumur antara 15 hingga 25 tahun.
Pada tahun 1894, bangunan sekolah telah dipindahkan di lokasi yang terdapat sekarang ini. Tahun 1910 beberapa bangunan termasuk rumah guru telah didirikan. Pada tahun 1938 bangunan sekolah di tepi sungai ini telah dipindahkan ke tapak yang ada sekarang (dewan). Bilangan murid-murid pada waktu itu telah mencecah 100 orang. Pada zaman perintahan Jepun di tanah Melayu, bahasa Jepun telah menjadi bahasa rasmi sewaktuaktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Pada tahun 1947, Pegawai Daerah berbangsa Inggeris iatu DJ Staples telah merasmikan satu lagi bangunan sekolah untuk menampung pertambahan murid-murid yang mencecah 350 orang. Pembinaan bangunan (sekarang tapak rumah guru) ini adalah hasil usaha Ketua Kampung pada masa itu iaitu En.Kulup Abas serta para pendidik tempatan. Tahun 1956 hingga 1981 bangunan-bangunan konkrit didirikan bagi menggantikan bangunan lama. Bangunan induk yang menempatkan pejabat, bilik guru dan kelas telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Wan Muhammad Haji Wan Teh, Menteri Besar Perak pada 18 Mac 1982. Sehingga kini SK Bota Kiri terdiri daripada 4 Blok bangunan, sebuah dewan dan kantin, 3 unit rumah guru/kakitangan serta sebuah makmal komputer yang telah pun siap. Pada tahun 2005 SK Bota Kiri telah menempa kejayaan gemilang apabila seramai 8 orang murid telah mendapat 5 A dalam UPSR .Salah seorang daripadanya iaitu adik Normawati binti Ahmad merupakan antara 35 orang pelajar terbaik peringkat kebangsaan. Tahniah dan syabas.



VISI
KECEMERLANGAN BERSAMA


MISI

MENINGKATKAN PRESTASI CEMERLANG DALAM BIDANG


  • AKADEMIK
  • KOKURIKULUM
  • SAHSIAH
  • PENGURUSAN

MOTTO

BERGERAK MAJU




PIAGAM PELANGGAN


Kami warga SK Bota Kiri dengan penuh amanah dan tanggungjawab secara
berterusan akan ;

· Memastikan semua murid mendapat layanan yang sama serta pendidikan yang sempurna sesuai dengan konsep pendemokrasian pendidikan.

· Berusaha dengan gigih serta berterusan bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum,sahsia,kokurikulum serta pengurusan dan pentadbiran.

· Memastikan semua masalah diambil tindakan mengikut keperluan dan keutamaan.

· Sentiasa menjalin interaksi padu dengan ibu bapa,masyarakat serta komuniti sosial yang lain ke arah kemajuan dan perkembangan sekolah

· Memastikan aspek pengurusan dan pentadbiran lebih
responsif dan reaktif.

· Sentiasa menerima dan mengalu-alukan pandangan, syor serta teguran membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan
kecemerlangan pendidikan.



FALSAFAH


Hasrat murni SKBK adalah berdasarkan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan kami percaya bahawa pendidikan
adalah suatu kewajipan
dan komitmen berterusan,dinamik
dan saintifik untuk mempertingkatkan
kualiti seterusnya berfungsi
ke arah kesejahteraan diri,masyarakat,
agama,bangsa dan negara.



WAWASAN

SK BOTA KIRI CEMERLANG
dan GEMILANG 2010


9 Cabaran Utama
WAWASAN SK BOTA KIRI 2010


Bagi memenuhi hasrat murni Wawasan SKBK 2010, berikut ialah 9 cabaran utama iaitu untuk mewujudkan warga sekolah yang mempunyai ;
1. Budaya Cemerlang
Mempunyai cara berfikir, cara bertindak dan sikap pada tahap yang sangat baik.
Berusaha mencapai tahap cemerlang dan dihormati dalam pelbagai bidang.


2. Budaya Ilmu
Beriltizam mendapatkan ilmu sepanjang hayat dengan sentiasa berkeinginan
untuk mengamalkan, meningkatkan dan membina ilmu pengetahuan.

3. Budaya Kepimpinan
Bersemangat dan mempunyai ciri-ciri untuk memimpin, berani, yakin,tegas,
berketrampilan, bertanggungjawab dan berwibawa.

4. Budaya Penyayang
Mempunyai perasaan prihatin, empati, hormat-menghormati, muafakat,
saling tolong-menolong dan menghargai sesama manusia dan alam
semulajadi.

5. Budaya Menghargai Masa
Sentiasa menepati masa dan mempergunakannya secara
berkesan dan berfaedah.


6. Budaya Adab Susila
Mempunyai adab, berbudi bahasa, bersopan santun, menghormati
orang yang lebih berumur, patuh terhadap ajaran agama serta berupaya
membina sahsiah diri yang disenangi ramai.

7. Budaya Sihat
Menjaga kesihatan dan rupa diri, bersih fizikal, mental dan spiritual, cergas
dan aktif, menghindari gejala negatif dan mengamalkan gaya hidup sihat.


8. Budaya Saintifik
Mempunyai keinginan meneroka, mereka cipta, menghargai dan menjiwai
dunia sains dan teknologi sebagai suatu elemen penting dalam mendepani
cabaran teknologi maklumat komunikasi serta kemajuan teknologi masa depan.

9. Budaya Estetik
Menghayati seni dan keindahan sebagai pelengkap emosi diri.
Mempercayai bahawa keindahan (estetik) dan seni dapat membantu
meningkatkan prestasi belajar dan mempelajari.



LENCANA SEKOLAH

1. Bentuk Perisai bermaksud ilmu pengetahuan
yang dipelajari akan memberi
perlindungan dalam kehidupan di dunia dan juga akhirat.
2. Obor membawa maksud ilmu pengetahuan akan memberi
sinar serta menerangi jalan kehidupan.
3. Gear pula bererti keperluan Sains dan Teknologi sebagai satu elemen penting dalam kehidupan masa kini dan akan datang.
4. Segi Enam pada Gear membawa maksud 6 perkara dalam Rukun Iman
5. Buku pula bererti sumber ilmu pengetahuan melalui budaya membaca
6. “Bergerak Maju” dalam tulisan jawi merupakan Motto SK Bota Kiri.
7. Jalur Putih, Kuning dan Hitam merupakan warna utama pada
bendera negeri Perak.
8. Empat Warna asas :
a. Biru melambangkan perpaduan serta semangat satu hati warga sekolah.
b. Putih melambangkan kesucian hati serta ikhlas jiwa dalam menimba ilmu.
c. Kuning melambangkan rasa taat setia kepada raja.
d. Merah melambangkan keberanian, kecekalan dan semangat daya
tahan yang tinggi dalam merealisasikan aspirasi sekolah.